MODEL SUBTLE ENERGI
Pemodelan Subtle Energi
Dalam ilmu kedoktoran, kita mengenal
organ-organ manusia
seperti Jantung, Hati,
Ginjal, Limpa dan sebagainya. Dalam subtle energi juga terdapat organ-organ dari tubuh energi
berkenaan.
Dalam sistem pembelajaran
di India terdapat
sistem Cakra, Sushumna,
Ida, Pingala, Kundalini dan sebagainya. Terdapat ratusan Cakra di tubuh
energi manusia yang masing-masingnya memiliki fungsi yang berbeza. Begitu juga
sistem pembelajaran di China terdapat meridian utama dan ratusan meridian kecil
di seluruh tubuh. Pada
umumnya jika seseorang ingin mempelajari subtle energi, mereka akan diperkenalkan hanya
kepada cakra utama dan atau
meridian utama.
Cakra diumpamakan
seperti pintu keluar
masuk “energi” sehingga kesihatan Cakra ini akan mempengaruhi kesihatan fizikal manusia. Ilmu Cakra sendiri sangat
kompleks dan tidak ramai
yang menguasainya. Dalam
sistem Cakra dapat ditentukan pula pengaruh suatu Cakra terhadap kewujudan
yang lainnya. Misalnya Cakra A mengawal kelenjar X, mempengaruhi emosi Y,
termasuklah menentukan kerjaya yang sesuai bagi seseorang dan
sebagainya.
Di Timur Tengah
khususnya dalam tradisi sufi, tradisi energi ini turut berkembang. Namun peta energinya adalah sangat berbeza dengan peta energi di
India dan
China. Tradisi Sufi merujuk
kepada titik energi sebagai titik batin yang disebut sebagai “Latifah”. Terdapat 7 titik latifah yang dikenali
sebagai Latifatul Qolby,
Latifatul Roh, Latifatus Sirri, dan seterusnya sampai dengan Latifah Kullu
Jasad. Titik Latifah pada awalnya merupakan peta spiritual namun
kemudiannya dimanfaatkan
juga sebagai peta
penyembuhan.
Perbezaan
sudut pandang ini kemudiannya membawa kepada perdebatan. Masing-masing dengan
pendapat sendiri dan tidak menerima yang lain.
Secara
peribadi saya berpendapat bahawa Cakra, Meridian atau Latifah, bukanlah sesuatu yang benar-benar MUTLAK keberadaannya. Semuanya
hanyalah sebuah
pemodelan para guru besar sebelumnya dalam menghasilkan suatu kaedah
pengajaran yang efektif, boleh diterima dan mudah dipelajari serta difahami. Kita sesungguhnya memerlukan pemodelan untuk mengembangkan suatu
keilmuan.
Ketiga-tiga
sistem ini jelas mempunyai persamaan tentang fenomena keberadaan energi halus dan energi halus ini mempunyai manfaat yang sama.
Melihat
kepada perbezaan pendapatan di atas, orang barat memperkenalkan suatu istilah baharu yang dapat merangkumi seluruh istilah yang berbeza dari berbagai negara
ini. Mereka memanggilnya
sebagai “Subtle Energy”
atau “energi halus” untuk membezakan dengan energi di bidang ilmu pengetahuan yang
lain seperti energi elektrik, energi mekanik
dan sebagainya. “Subtle Energy” ini
dianggap termasuk dalam
kelompok energi positif yang berguna untuk kesihatan dan kehidupan
yang akhirnya mereka
namakan sebagai “Universal Life Force Energy”.
Setelah
istilah Subtle Energy
diperkenalkan maka
banyak perkara yang dapat dijelaskan tentang esoterisme. Segala sesuatu yang sifatnya metafizik selalunya menggunakan medium Subtle Energi.
Misalnya
telepati, bagaimana
ianya boleh berfungsi, pasti
menggunakan medium Subtle Energi, sungguhpun teknik telepati menggunakan Mind
Power.
Begitu
juga bagaimana kalimat-kalimat,
jampi atau mantera mampu berfungsi? Tentu saja kalimat-kalimat,
jampi atau mantera itu telah
mencetuskan kemunculan Subtle Energi yang
tertentu.
Ilmu
Besi Qursani dikatakan
dapat membuat seseorang itu
kebal. Bagaimana? Sudah
pasti ilmu ini dapat menghasilkan
Subtle Energi yang mempunyai
sifat seperti besi
sehingga dapat digunakan untuk melindungi tubuh.
Pelatih-pelatih
Shaolin juga dikatakan memiliki ilmu kebal tanpa perlu menggunakan jampi/doa.
Mereka hanya secara terus-menerus melakukan latihan secara gigih selama bertahun-tahun sehingga akhirnya fikiran pelatih Shaolin dapat membentuk
Chi Besi atau
Subtle Energi yang
bersifat sebagai besi.
Cahaya menghasilkan energi. Cahaya sangat penting untuk seluruh kehidupan di alam semesta ini. Keberadaan energi cahaya adalah sukar difahami. Namun penemuan sir Newton tentang kewujudan pelbagai warna pelangi hasil dari sinaran cahaya yang dibiaskan melalui kaca prisma telah membuktikan bahawa setiap warna ini mempunyai energi dan kekuatan yang tersendiri.
Comments
Post a Comment