SUBTLE ENERGY
Dalam
Penyembuhan Holistik, para Perawat
“MEYAKINI” bahawa terdapat suatu “ENERGI” yang tidak dilihat oleh mata biasa tetapi
keberadaannya dapat dirasakan dan dapat dimanfaatkan untuk berbagai tujuan. Kaedah
Penyembuhan Holistik ini dikenali dengan nama yang berbeza-beza mengikut
negara, keyakinan dan budaya sesebuah bangsa. Di negara China, energi ini dikenali sebagai Qi, di Jepun sebagai Ki, di India sebagai
Prana, di
Timur Tengah sebagai Barraka,
di Hawai sebagai Huna
dan sebagainya.
Penggunaan
“energi” telah menjadi suatu tradisi sejak zaman dahulu dalam melakukan ‘Penyembuhan’ yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Penyembuhan Holistik’. Perkataan ‘Holistik’ diambil
dari bahasa english “Whole” yang bermaksud MENYELURUH. Kewujudan manusia dilihat sebagai suatu kesatuan dari berbagai kewujudan
kesedaran manusia yang saling berkait di antara “tubuh kasar (fizikal)” dan “tubuh halus (eterik/energi)”. Di India misalnya, manusia
digambarkan sebagai kesatuan dari kewujudan tubuh Fizikal, tubuh halus, Emosi, Mental,
Intuisi, Atma, Monad dan Illahi. Seluruh kewujudan ini adalah saling berkait dan saling mempengaruhi. Jika
salah satu bahagian tubuh terganggu akan tergganggulah bahagian tubuh yang lainnya. Sebaliknya jika suatu bahagian tubuh
disembuhkan maka akan sembuhlah tubuh bahagian yang lain pula.
Dahulu
ketika seseorang individu
itu sakit, maka penyembuhannya akan dilakukan dari
berbagai bentuk. Misalnya tradisi penyembuhan Holistik Ayurveda di India merawat
pesakitnya dengan kombinasi pemberian herba, melakukan detoks, menganjurkan
pesakitnya untuk
melakukan meditasi dan jika perlu pesakit diajar
cara-cara memanfaatkan pernafasan. Pada hari ini, individu yang sakit kebanyakannya hanya dirawat
fizikalnya dan jika perlu dirawat emosinya melalui pendekatan psikoterapi.
(Semangat/spiritual, mental, emosi, tubuh halus/eterik, fizikal)
Untuk
mempelajari keilmuan ini, maka telah direka bentuk suatu sistem pemodelan (modeling) ilmu pengetahuan berkenaan Subtle Energi.
Melalui reka bentuk perlatihan yang dibangunkan maka para pelajar
dapat mempergunakan
energi untuk pelbagai keperluan dalam kehidupan seharian seperti penyembuhan,
karisma, perlindungan diri dan sebagainya.