ENERGI DAN PENYEMBUHAN
ENERGI & PENYEMBUHAN
Energi adalah daya hidup yang menggerak dan menghidupkan. Energi mempunyai pengertian dan formula yang berbeza-beza. Ibarat telefon bimbit dienergikan dengan bateri. Lampu dienergikan dengan air yang disatukan dalam kuasa hidro. Laser dienergikan dengan memampatkan sinaran cahaya pada satu titik yang sangat halus sehingga menghasilkan suatu kekuatan yang sangat luar biasa.
Begitu juga energi dalam penyembuhan. Energi yang kami gunakan adalah bersumberkan cahaya yang dimanipulasikan menggunakan kaedah Shambala atau Reiki. Cahaya berbeza dari energi yang lain kerana cahaya tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur lain. Misalnya energi api memerlukan unsur lain seperti air untuk dapat berprestasi. Kita mengetahui bahawa cahaya boleh bertukar menjadi warna-warna pelangi apabila melalui awan yang berair. Apabila cahaya dipancarkan melalui prisma kaca, akan terhasil warna-warna pelangi. Dalam kepelbagaian warna pelangi itu wujud kekuatan energi yang berbeza-beza.
Sir Newton secara tidak sengaja telah menemui kewujudan warna-warna pelangi ini. Hasil penemuan beliau ini telah berkembang terus. Kini didapati pula kewujudan warna-warna hitam yang memisahkan satu warna dengan warna yang lain. Setiap warna-warna ini mempunyai kekuatan masing-masing. Misalnya cahaya inframerah dikatakan mampu mengaktifkan molekul air dalam tubuh, meningkatkan suhu kulit, memperbaiki peredaran darah, mengurangi tekanan jantung, meningkatkan metabolisme tubuh, penyembuhan penyakit cacar, pembersihan dan pembasmian kuman atau bakteria dan sebagainya.
Sejak ribuan tahun yang lalu energi cahaya ini telah digunakan secara meluas khususnya dalam bidang penyembuhan. Mereka telah berjaya menemui kaedah untuk memanipulasikan cahaya sebagai sumber energi yang tidak terbatas untuk pelbagai tujuan. Pengetahuan ini kemudiannya terus berkembang seiring kepercayaan agama, adat serta budaya sesuatu masyarakat dan negara. Akhirnya ramai yang ragu-ragu mengambil kaedah penyembuhan energi atas pelbagai sebab dan alasan.
Justeru jika anda memilih terapi energi healing, anda perlu memahami proses kerjanya secara benar supaya nanti terlepas dari keraguan dan mampu mendapat kesan yang optimum.
Makna Kesembuhan
Setiap dari kita perlu mengakui bahawa kesembuhan bukan disebabkan oleh kaedah terapi, juruterapi (orang), jampi, rugyah atau ubat. Kita perlu menyakini sepenuhnya bahawa kesembuhan sebenar adalah dari Allah swt. Maka kita hendaklah meletakkan sepenuh pengharapan kesembuhan hanya kepada kasih dan sayang Allah swt. Selain itu berbaik sangka pada proses terapi yang kita pilih. Justeru marilah mulai dan akhiri usaha kesembuhan dengan memohon penuh pengharapan total kepada kesembuhan Allah swt.
Comments
Post a Comment