HEALING





"KEDAMAIAN BERMULA DARI SAYA"


Setiap manusia bertanggungjawab ke atas fikiran, ucapan dan perbuatan-nya sendiri. Justeru kita perlu sentiasa menjaga ucapan, fikiran dan tindakan kerana dengan menjaganya kedamaian diri akan datang dengan sendirinya. Maka usahakan untuk selalu mengucapkan “Kedamaian Bermula dari Saya” supaya otak kita menyedari bahawa kita dalam keadaan atau situasi emosi yang aman lagi damai.

Berdasarkan pengalaman kami dalam merawat pesakit, gangguan kesihatan ke atas seseorang pesakit itu biasanya disebabkan oleh:
  • Tubuh Fizikal – 10 %
  • Sosial – 15%
  • Psikik (Emosi) – 25%
  • Spiritual – 50%
Namun ramai pesakit menganggap bahawa gangguan terhadap kesihatan mereka adalah disebabkan semata-mata oleh gangguan fizikal dan segelintir lagi percaya akan sihir dll. Punca penyakit sebenarnya datang dari 4 tubuh tersebut di atas (tubuh kasar-fizikal dan 3 tubuh halus – emosi,sosial & spiritual). Justeru dalam usaha merawat penyakit pesakit, rawatan secara holistik adalah lebih disarankan.

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang kami tawarkan:

1) Diri-Dentiti
Rawatan terbukti untuk merawat 3 tubuh halus manusia. Usaha membangkitkan kesedaran diri yang paling dalam untuk sembuh.

2) Nameopati
Rawatan untuk pelbagai gangguan medis dan non medis yang sesuai untuk merawat 4 tubuh manusia (Fizikal, Sosial, Psikik-Emosi & Spiritual).

3) N.L.P & Hipnoterapi
Rawatan untuk gangguan emosi, keyakinan diri, kecelaruan identiti, anxiety, fobia dll.

4) Acu-Koryo 
Rawatan untuk gangguan saraf, keletihan otot, keseimbangan tubuh, organ dan regulator cairan serta peredaran darah dalam tubuh.

5) Masabon
Rawatan untuk masalah kecederaan fizikal seperti terseliuh, urat tersepit, sakit pinggang, lutut, bahu dan tulang belakang. Rawatan ini tidak meliputi tulang retak atau patah.

6) E-Heal
Rawatan untuk gangguan di semua 4 tubuh manusia menggunakan kaedah Shambala Multidimensional Healing (SMH) bagi pembersihan titik energi tubuh, merawat aura, membuang energi negatif, penciptaan kehendak, mengusir/memindahkan energi negatif dll.

7) CCup
Rawatan untuk mengeluarkan racun / toksik dalam tubuh pesakit.





Disclaimer: Semua perkongsian rawatan di atas adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman semata-mata. Bukan untuk mengiklan sesuatu yang bertentangan dengan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari dan juga Garis Panduan Pengiklanan Ubat dan Produk Perubatan Kepada Orang Awam yang telah digubal bagi melengkapkan peruntukan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan Peraturan-Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976. Segala yang berlaku samada kesan baik atau buruk ke atas mana-mana individu yang berpunca daripada maklumat yang diberikan dalam laman laman web ini adalah di atas kemahuan, lehendak dan tanggungjawab individu itu sepenuhnya.

Comments

Popular posts from this blog

JENIS SUBTLE ENERGI

SUBTLE ENERGY

MODEL SUBTLE ENERGI