Posts

Showing posts from May, 2017

DIRI-DENTITI

Image
Program "Healing From the Inside Out" Anda sedang stress! Anda sakit tapi tidak tahu puncanya! Anda rasa kosong! Anda rasa sunyi! Anda rasa bersalah! dan apa sahaja perasaan suka duka anda itu  mencerminkan "sesuatu" tentang ANDA Bagaimana mengurus "sesuatu" itu?  Ayuh kenali 'DIRI' dan kenali cara miracle untuk mendapatkan ketenangan serta kedamaian diri.    Program "Healing from the Inside Out" membantu kita menyedari hal-hal tersebut di atas  secara sangat santai hingga akhirnya  anda akan merasa sangat lega dan damai Program ini telah membantu ramai individu,  keluarga mahupun kumpulan  untuk menyedari "sesuatu" tentang aku dan mendapat manfaat darinya Program ini dibuat pada hujung minggu  hari Sabtu  selama 2 jam (1000-1200).  Program ini boleh disertai sekali atau berulang kali  selagi wujud keperluan pada diri masing-masing Hubungi 0176809371 untu...

SISTEM CAKRA

Image
Dalam sistem pembelajaran cakra di India, t erdapat ratusan Chakra di tubuh energi manusia dan masing-masing memiliki fungsi yang berbeza. Namun pada umumnya jika seseorang pengamal energi hanya diperkenalkan kepada 7 Cakra Utama seperti gambar di atas. Cakra sebenarnya adalah umpama pintu untuk keluar dan masuk “energi / prana” ke dalam tubuh seseorang. Tahap kesihatan sesuatu cakra ini akan mempengaruhi tahap kesihatan tubuh fizikal manusia. Berikut adalah berkenaan 7 cakra utama manusia 1) Cakra Dasar  Terletak di Perinium, berwarna merah.  Cakra ini membentuk struktur asas kepada tubuh. Cakra ini mempunyai sifat bumi dan letaknya sifat emosi seseorang yang berkaitan dengan keperluan untuk survival terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal kewangan.  2) Chakra Sex  Terletak 2 inci di bawah pusat, berwarna jingga.  Cakra ini mewakilkan perhubungan dan kemampuan untuk menerima perkara-perkara yang baharu. Emosi adalah ber...

JENIS SUBTLE ENERGI

Image
Kepelbagaian Subtle Energi Pada umumnya subtle energi dapat dibagi kepada 3 jenis, iaitu Kundalini, Prana (Makrokosmos) dan Shakti (Mikrokosmos). Energi Kundalini dikatakan sebagai sistem energi spiritual di dalam badan seseorang. Energi Prana pula adalah energi alam semesta yang keberadaannya terletak di luar tubuh badan manusia. Sementara energi Shakti adalah energi yang terdapat di dalam tubuh badan manusia.  Energi Prana dapat diberikan dengan mudah melalui proses insiasi oleh seorang Master subtle energy. Sementara energi kundalini atau Shakti hanya dapat dibangkitkan juga melalui seorang Master subtle energi tetapi keberkesanannya sangat bergantung kepada tahap kesedaran seseorang pelajar untuk menerimanya.  Energi Prana dapat digunakan pada tahap kesedaran biasa iaitu cukup dengan niat dan yakin. Berbeza dengan Energi Kundalini atau Shakti yang memerlukan proses pengamalan, meditasi, fokus, dan sebagainya untuk dapat menggunakannya. Beriku...

MODEL SUBTLE ENERGI

Image
Pemodelan Subtle Energ i Dalam ilmu k edokt o ran, kita mengenal organ-organ manusia seperti Jantung, Hati, Ginjal, Limpa dan sebagainya. D alam subtle energi juga terdapat organ-organ dari tubuh energi berkenaan. Dalam sistem pembelajaran di India terdapat sistem Cakra, Sushumna, Ida, Pingala, Kundalini dan sebagainya. Terdapat ratusan Cakra di tubuh energi manusia yang masing-masing nya memiliki fungsi yang berbe z a. Begitu juga sistem pembelajaran di China terdapat meridian utama dan ratusan meridian kecil di seluruh tubuh. P ada umumnya jika seseorang ingin mempelajari subtle energi, mereka akan diperkenalkan hanya kepada c akra u tama dan atau meridian utama . Cakra diumpamakan seperti pintu keluar masuk “energi” sehingga kes i hatan Cakra ini akan mempengaruhi kes i hatan fi zikal manusia. Ilmu Cakra sendiri sangat kompleks dan tidak ramai yang menguasainya. Dalam sistem Cakra dapat ditentukan pula pengaruh suatu Cakra terhadap kewujudan yang lainnya. Mi...

SUBTLE ENERGY

Image
Dalam P enyembuhan H olistik, para Perawat “ MEYAKINI ” bahawa terdapat suatu “ ENERGI ” yang tidak di lihat oleh mata biasa tetapi keberadaannya dapat dirasakan dan dapat dimanfaatkan untuk berbagai tujuan . Kaedah Penyembuhan Holistik ini dikenali dengan nama yang berbeza-beza mengikut negara, keyakinan dan budaya sesebuah bangsa. D i negara China, energi ini dikenali sebagai Qi , di Jep u n sebagai Ki , di India sebagai Prana , di Timur Tengah sebagai Barraka, di Hawai sebagai Huna d an sebagainya . Penggunaan “energi” telah menjadi suatu tradisi sejak zaman dahulu dalam melakukan ‘Penyembuhan’ yang kemudiannya dikenal i sebagai ‘P e n yembuhan Holistik ’ . Perkataan ‘Holistik’ diambil dari bahasa english “Whole” yang bermaksud MENYELURUH . Kewujudan manusia di lihat sebagai suatu kesatuan dari berbagai kewujudan kes e daran manusia yang saling b erkait di antara “tubuh kasar (fi zikal) ” dan “ tubuh halus (eterik/energi) ” . Di India misalnya, manusia digambar...

ENERGI DAN PENYEMBUHAN

Image
ENERGI & PENYEMBUHAN Energi adalah daya hidup yang menggerak dan menghidupkan. Energi mempunyai pengertian dan formula yang berbeza-beza. Ibarat telefon bimbit dienergikan dengan bateri. Lampu dienergikan dengan air yang disatukan dalam kuasa hidro. Laser dienergikan dengan memampatkan sinaran cahaya pada satu titik yang sangat halus sehingga menghasilkan suatu kekuatan yang sangat luar biasa. Begitu juga energi dalam penyembuhan. Energi yang kami gunakan adalah bersumberkan cahaya yang dimanipulasikan menggunakan kaedah Shambala atau Reiki. Cahaya berbeza dari energi yang lain kerana cahaya tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur lain. Misalnya energi api memerlukan unsur lain seperti air untuk dapat berprestasi. Kita mengetahui bahawa cahaya boleh bertukar menjadi warna-warna pelangi apabila melalui awan yang berair. Apabila cahaya dipancarkan melalui prisma kaca, akan terhasil warna-warna pelangi. Dalam kepelbagaian warna pelangi itu wujud kekuatan energi yang berbeza-beza....